Tuesday, November 26, 2013

Hukum PTPTN

Assalamualaikum :)

Bismillahirrahman

Sebenarnya PTPTN ni ditubuhkan untuk beri pinjaman kepada mahasiswa-mahasiswi warganegara Malaysia di IPT.
Okay, nak beri pinjaman tu tiada masalah. sistem pinjaman dalam Islam pun ada, iaitu, sistem al-Qard. Qard dalam Islam adalah merupakan satu kontrak yang di asaskan atas dasar bantu membantu. 

Cuma yang masalahnya kat sini, PTPTN mengenakan caj interest 3% kepada peminjam yang lewat bayar hutang mereka. Interest tu Riba. Ribu itu interest. Riba dan interest tu faedah. Faedah itu pula bunga (sengaja mention banyak nama lain-lain sebab takut orang ingatkan konsep riba dengan interest/faedah/bunga itu lain tapi sebenarnya dia sama je)
Confirm sangat-sangat yang riba tu haram. dalilnya, 
surah al-Baqarah, ayat 275, ".... Padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba."

Pihak PTPTN telah mengatakan yang caj 3% itu adalah kos perkhidmatan iaitu upah kepada pihak PTPTN yang telah menguruskan pinjaman mahasiswa-mahasiswi ni semua. 
Kos perkhidmatan tu boleh tapi kalau dah lewat bayar hutang dan kena bayar lebih, tu memang dah masuk kategori riba la tu.
Lepas tu, pada tahun 2008, caj riba 3% tu ditukar kepada caj upah 1% dan konsep ini sebenarnya dterima  Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam.

Konsep ini sebenarnya lebih kurang je macam interest 3% tu tapi dia bersifat flat, iaitu tidak akan menambah-nambah kalau lewat bayar. Cuma akan ada caj ikut pinjaman yang diberikan dalam tahun itu. Contohnya, peminjam pinjam RM21 000 dari PTPTN, dia kena bayar 21000+1% caj perkhidmatan. Tu je.

Pandangan saya sendiri, saya tak setuju sangat, sebab konsep dia lebih kurang je sebenarnya tapi sebab ulama'-ulama' yang keluarkan fatwa boleh, so kalau kita yakin, boleh je lah sebenarnya minta PTPTN.
Tapi saya sendiri tak setuju sebab PTPTN macam mengambil untung dari pelajar yang meminta pinjaman dari mereka. Dah lah pelajar-pelajar yang susah, kenapa perlu ambil untung dari mereka. Cukup sekadar bayar balik pinjaman tu pun sebenarnya dah ok dah, tak perlu bayar lebihan lebihan duit tu sebab caj dia akan jadi sangat mahal (menurut pengalaman seseorang yang pernah ambil PTPTN)

Lagi satu pandangan saya, selagi ada alternatif lain, ambillah alternatif pinjaman yang lebih diyakini betul-betul bebas dari riba (sebab boleh jadi yang sebenarnya PTPTN belum 100% bebas dari riba) 

Banyak lagi yang sebenarnya saya tak masyi lagi. So mohon maaf banyak-banyak kalau apa yang saya cakap ni ada yang salah. Boleh tanya pandangan orang lain juga untuk mengetahui lebih lanjut dan boleh juga tengok website Ustaz Zaharuddin (http://www.zaharuddin.net) 

wallaua'lam

Tuesday, November 19, 2013

Anak

Bismillah

Anak, dah lama aku mimpi nak jumpa dengan kau. Sejak aku umur 16 tahun lagi. Walaupun ketika itu, aku tak faham apa-apa.

Mimpi ada orang untuk aku bimbing.
Mimpi ada orang untuk aku kongsikan pengalaman hidup.
Mimpi mengajar kau tentang Islam

Mimpi, mimpi mimpi

2013.
Mimpi itu hampir terjadi, apabila aku mendapat tahu yang aku akan lahirkan anak.
Nangis terharu aku. Persiapkan diri dari segala aspek. Gembira dengan kedatangan mu.

Tapi ternyata, kesihatan ku tak stabil,

kau hampir gugur anak.
Sekarang aku di tahap yang kritikal.

Aku berdoa kepada Allah supaya menyelamatkan mu.
"Mereka perlu melihat dunia!" Kata orang lain.

Tapi jika memang bukan takdir kau lahir ke DUNIA ini, aku tidak boleh tolak takdir Allah.
Aku hanya mampu usaha menyelamatkan mu,
Natijahnya, Allah yang akan betul2 memilih hambaNya yang terpilih.

Allah
Allah
Allah

Ini kisah benar.
Kisah yang aku alami sekarang.
Dan hanya yang faham je akan betul-betul faham

-Nasyee-

Saturday, September 28, 2013

Susah Hidup di dunia- ada hikmahnya

Bismillah.

"Kenapa awak hidup jimat sangat?"

Aku akui.
Hidup aku sekarang senang. Tak perlu risau duit habis. Duit mengalir seperti air.

Tapi aku tak selalu begitu. Keluarga ku bukan keluarga senang. Aku pernah bertahan lapar sebab nak jimat duit. Ayah aku pernah tebalkan muka depan keluarga pak cik aku untuk minta tolong dari segi kewangan.

Sampai sekarang.
Ye, sekarang pun, mereka masih menolong keluarga ku. Tanpa duit-duit orang yang disalurkan kepada ku, mungkin aku tak kenal negara yang aku duduki sekarang.

Ye, aku hidup berhutang budi.
Kesenangan yang aku ada sekarang adalah hasil pertolongan dari banyak pihak.

Tapi kesenangan sekarang, hanyalah sementara. Duit kerajaan orang kata.

"Untunglah JPA, untunglah ada tab, untunglah tak pernah makan 2 ketul ayam kerat 6"

Kamu, kamu yang kata begitu, tahukah kamu background hidupku?

Ayah ibu ku bukan orang senang,
pernah mereka duduk tepi jalan di negara tanah haram sana sebab takde duit. Pernah kami sekeluarga hidup kelaparan, jimat makanan.

Tak pernah aku mimpi untuk belajar luar negara sebab aku tahu aku tak mampu.
Handphone smartphone pun aku tak terfikir untuk memilikinya. Malah handphone pun aku kutip mana mana yang orang dah tak mahu guna lagi, sampailah semuanya rosak.

Pinjaman harta yang Allah bagi sekarang aku syukuri sangat. Tapi berpijak di bumi nyata, aku tak mahu fikir aku seorang yang kaya. Pinjaman sahaja. ye, aku yakin bila bila masa Allah boleh tarik balik nikmat ini. Bila-bila sahaja aku akan kembali hidup kesempitan wang.

Tapi aku yakin, jika satu hari nanti ia terjadi, aku sudah bersedia.
Kesusahan hidup yang lalu, bukan untuk menjadikan pengajaran supaya aku cari duit cepat-cepat, bekerja supaya aku tak akan pernah lagi rasa kesusahan itu.

Tapi untuk aku jadi lagi kebal pada masa akan datang, apabila musibah menimpa diriku.
Jadinya, aku antara manusia yang tak kisah jika aku mempunyai peluang pekerjaan ke tidak selepas habis degree nanti,

sebab aku tahu rezeki Allah itu ada di mana-mana, dia akan beri sesiapa yang Dia kehendaki.
Tapi itu bukan bermakna aku perlu lalai dalam pelajaran.

Kerana jasa manusia ikhlas kepada ku, aku ingin bayar semula.

-Nasyee

Monday, July 29, 2013

Ghuraba'

Bismillahirahmanirrahim

Aku tak minta untuk jadi a part of benda yang dipandang prejudice oleh golongan majority di sini.
Aku tak minta untuk balik awal dari cuti.
Aku tak minta untuk tak free hampir setiap weekend.
Aku tak minta untuk dicop 'alim' sebab join usrah
Aku tak minta untuk jadi daie.

Tapi Allah pilih aku. Allah beri aku kesedaran tentang matlamat sebenar hidup aku. Aku kena terima hakikat yang aku memang abnormal from the start. Aku lain dari ramai orang kat batch aku.

Tapi aku tak keseorangan. Aku ada ramai akak-akak bersama aku. mereka faham perasaan aku. Mereka pun lalui perkara yang sama.

I should thank Allah everyday for this. Sebab orang yang tak faham sangat rugi. sangat.

Nasyee

Thursday, June 6, 2013

.Jalan Dakwah.

Bismillah.

Terasa diri baru sahaja mencampakkan diri ke dalam lautan api.(bukan nerakalah tapi. neraka dunia? erk.)

I think I just started my journey as a daie.
And before I walk on this path, I've realized the road is filled with thorns that could hurt you.

Tadi lautan api, lepas tu jalan berduri lah pulak =.='

Apa-apa pun, jalan dakwah itu tak senang. tak mudah. tak indah.

Nak mengajak orang buat baik itu susah. Nak ajak orang masuk usrah itu susah. Semua benda pun susah.

Oi, dulu Nabi Muhammad kena hina, kutuk, baling dengan najis, dicederakan, diboikot semua. kau ada?
Kau tu baru rasa inferior sikit, taknak buat kerja. Baru penat sikit, merajuk tak nak pergi usrah.

Kerja yang untuk dapatkan hasil yang muntij mana ada senang.
Kerja untuk dapat UA itu mana ada senang.
Walaupun susah, yakinlah islam itu akan menang jugak satu hari nanti.

With or Without you.
pause.
yes.
Dngan anda, atau tanpa anda.
Pilihan sendiri.
Ingatlah, Aisyah.
Klau kau berhenti sekarang, Allah akan gantikan kau dengan orang lain. Senang je. Jalan ini untuk kebaikan kau sendiri. Its not anyone else. Allah tak perlukan kau pun. Kau tu yang perlukan Allah, kan?

Baru bermula langkah aku ini. Baru beberapa tapak aku mulakan.
Aku sudah nampak halangan-halangannya but I just have to keep on going towards this path because I need it. What's the meaning of being alive if I didnt dedicated myself to Allah? to my Deen? To continue the path of my prophet?

Alhamdulillah, I've found this path of life. I didnt know what would happened to myself if I'm on another path.

Wednesday, May 29, 2013

.IM.BM.

Bismillah

Luahan perasaan.

Aku lihat ramai pemuda di luar sana terjerumus dalam hal-hal duniawi. yang berusaha mencapai kekayaan dunia, yang berusaha mencapai populariti, dan tak kurang juga yang terjebak dengan maksiat.

Di saat aku memerhatikan mereka, aku jadi takut.
Takut anak-anak aku akan dapat seorang penghisap rokok sebagai ayah.
Seorang yang tidak amalkan agama sebagai ayah,
seorang pencinta wang sebagai ayah,
seorang pencarut sebagai ayah.

Aku jadi takut untuk melahirkan anak-anak yang lahir pada akhir zaman ini.

but than I realize,
"Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat"

Its all up to me, kalau aku baik, dapatlah aku suami yang baik, kalau aku jahat, dapatlah aku suami yang jahat.

Bina diri menjadi Individu Muslim yang hebat, baru Allah akan bagi seorang Individu Muslim yang hebat sebagai suami.

And bila tahu ini, aku jadi tenang.
I cant wait to meet my future husband because I knew Allah will give me His best men. He's somewhere out there I knew and now both of us tengah sama-sama membina IM kami and hopefully when the time comes, Allah will let us meet.

Perkahwinan bukan segala-galanya, tapi dengan BM yang dibina atas jalan dakwah, in sha allah akan jadi penyumbang kepada Dakwah Dan Tarbiyah.

-Aisyah-

Wednesday, March 27, 2013

.1. Its a process.

Bismillah.

"ee, dia baik dengan aku sebab dia nak tarik aku. Bukan sebab dia nak kawan dengan aku"
"tudung labuh peliklah. at least tutup kepala dah okay dah"
"tak selesalah dengan orang2 baik ini. Semua hipokrit."
"Poyo je qiyadah2 ni."

Dulu, aku bangkang orang baik. Fikiran aku mereka poyo. Tak ikhlas jadi baik, mesti ada muslihat. buruk sangka dengan mereka.
Aku tak suka lelaki yang suka tegur perempuan kalau mereka over.
Aku suka berkomunikasi dengan lelaki, nyata atau maya.
Aku tak tutup aurat sempurna.
Habiskan berjam2 kat movie, anime, manga, lagu2.
Tapi itulah aku sampai form 4.
Jujur aku kata, bukan sebab aku masuk hidayah, aku berubah, bukan sebab aku masuk asrama. Tapi Allah yang pegang hati aku. Sedikit demi sedikit, aku terfikir aku perlu pakai stoking, perlu pakai tudung yang menutup dada, perlu pakai pakaian yang longgar. Perlu pandai melawan nafsu.

selepas tinggalkan alam persekolahan, aku mengalami konflik dalaman. perlu ke jadi baik selepas sekolah? bukan sekolah akan tengok aku baik ke tak.

aku mula sedar akan perubahan dalam diri, alhamdulillah aku bersyukur.
yang tidak aku sedar, perjalanan masih jauh. aku masih belum baik. even masih tak boleh digelar si solehah. Change, its a process.

wallahualam

Monday, March 25, 2013

First-New. Baru. Jadid.

Bismillah.

Pembuka kisah baru.
Mungkin yang dahulu ada manfaatnya tapi saya tahu lebih banyak tulisan yang kosong.

Oleh itu, ini adalah pembuka baru, seperti Syurhabil Bin El-Hasanah membuka Jordan.
Dengan nama Allah saya mulakan, Moga ada manfaatnya.