Bismillah.
"Kenapa awak hidup jimat sangat?"
Aku akui.
Hidup aku sekarang senang. Tak perlu risau duit habis. Duit mengalir seperti air.
Tapi aku tak selalu begitu. Keluarga ku bukan keluarga senang. Aku pernah bertahan lapar sebab nak jimat duit. Ayah aku pernah tebalkan muka depan keluarga pak cik aku untuk minta tolong dari segi kewangan.
Sampai sekarang.
Ye, sekarang pun, mereka masih menolong keluarga ku. Tanpa duit-duit orang yang disalurkan kepada ku, mungkin aku tak kenal negara yang aku duduki sekarang.
Ye, aku hidup berhutang budi.
Kesenangan yang aku ada sekarang adalah hasil pertolongan dari banyak pihak.
Tapi kesenangan sekarang, hanyalah sementara. Duit kerajaan orang kata.
"Untunglah JPA, untunglah ada tab, untunglah tak pernah makan 2 ketul ayam kerat 6"
Kamu, kamu yang kata begitu, tahukah kamu background hidupku?
Ayah ibu ku bukan orang senang,
pernah mereka duduk tepi jalan di negara tanah haram sana sebab takde duit. Pernah kami sekeluarga hidup kelaparan, jimat makanan.
Tak pernah aku mimpi untuk belajar luar negara sebab aku tahu aku tak mampu.
Handphone smartphone pun aku tak terfikir untuk memilikinya. Malah handphone pun aku kutip mana mana yang orang dah tak mahu guna lagi, sampailah semuanya rosak.
Pinjaman harta yang Allah bagi sekarang aku syukuri sangat. Tapi berpijak di bumi nyata, aku tak mahu fikir aku seorang yang kaya. Pinjaman sahaja. ye, aku yakin bila bila masa Allah boleh tarik balik nikmat ini. Bila-bila sahaja aku akan kembali hidup kesempitan wang.
Tapi aku yakin, jika satu hari nanti ia terjadi, aku sudah bersedia.
Kesusahan hidup yang lalu, bukan untuk menjadikan pengajaran supaya aku cari duit cepat-cepat, bekerja supaya aku tak akan pernah lagi rasa kesusahan itu.
Tapi untuk aku jadi lagi kebal pada masa akan datang, apabila musibah menimpa diriku.
Jadinya, aku antara manusia yang tak kisah jika aku mempunyai peluang pekerjaan ke tidak selepas habis degree nanti,
sebab aku tahu rezeki Allah itu ada di mana-mana, dia akan beri sesiapa yang Dia kehendaki.
Tapi itu bukan bermakna aku perlu lalai dalam pelajaran.
Kerana jasa manusia ikhlas kepada ku, aku ingin bayar semula.
-Nasyee
No comments:
Post a Comment