Tuesday, November 26, 2013

Hukum PTPTN

Assalamualaikum :)

Bismillahirrahman

Sebenarnya PTPTN ni ditubuhkan untuk beri pinjaman kepada mahasiswa-mahasiswi warganegara Malaysia di IPT.
Okay, nak beri pinjaman tu tiada masalah. sistem pinjaman dalam Islam pun ada, iaitu, sistem al-Qard. Qard dalam Islam adalah merupakan satu kontrak yang di asaskan atas dasar bantu membantu. 

Cuma yang masalahnya kat sini, PTPTN mengenakan caj interest 3% kepada peminjam yang lewat bayar hutang mereka. Interest tu Riba. Ribu itu interest. Riba dan interest tu faedah. Faedah itu pula bunga (sengaja mention banyak nama lain-lain sebab takut orang ingatkan konsep riba dengan interest/faedah/bunga itu lain tapi sebenarnya dia sama je)
Confirm sangat-sangat yang riba tu haram. dalilnya, 
surah al-Baqarah, ayat 275, ".... Padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba."

Pihak PTPTN telah mengatakan yang caj 3% itu adalah kos perkhidmatan iaitu upah kepada pihak PTPTN yang telah menguruskan pinjaman mahasiswa-mahasiswi ni semua. 
Kos perkhidmatan tu boleh tapi kalau dah lewat bayar hutang dan kena bayar lebih, tu memang dah masuk kategori riba la tu.
Lepas tu, pada tahun 2008, caj riba 3% tu ditukar kepada caj upah 1% dan konsep ini sebenarnya dterima  Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam.

Konsep ini sebenarnya lebih kurang je macam interest 3% tu tapi dia bersifat flat, iaitu tidak akan menambah-nambah kalau lewat bayar. Cuma akan ada caj ikut pinjaman yang diberikan dalam tahun itu. Contohnya, peminjam pinjam RM21 000 dari PTPTN, dia kena bayar 21000+1% caj perkhidmatan. Tu je.

Pandangan saya sendiri, saya tak setuju sangat, sebab konsep dia lebih kurang je sebenarnya tapi sebab ulama'-ulama' yang keluarkan fatwa boleh, so kalau kita yakin, boleh je lah sebenarnya minta PTPTN.
Tapi saya sendiri tak setuju sebab PTPTN macam mengambil untung dari pelajar yang meminta pinjaman dari mereka. Dah lah pelajar-pelajar yang susah, kenapa perlu ambil untung dari mereka. Cukup sekadar bayar balik pinjaman tu pun sebenarnya dah ok dah, tak perlu bayar lebihan lebihan duit tu sebab caj dia akan jadi sangat mahal (menurut pengalaman seseorang yang pernah ambil PTPTN)

Lagi satu pandangan saya, selagi ada alternatif lain, ambillah alternatif pinjaman yang lebih diyakini betul-betul bebas dari riba (sebab boleh jadi yang sebenarnya PTPTN belum 100% bebas dari riba) 

Banyak lagi yang sebenarnya saya tak masyi lagi. So mohon maaf banyak-banyak kalau apa yang saya cakap ni ada yang salah. Boleh tanya pandangan orang lain juga untuk mengetahui lebih lanjut dan boleh juga tengok website Ustaz Zaharuddin (http://www.zaharuddin.net) 

wallaua'lam

Tuesday, November 19, 2013

Anak

Bismillah

Anak, dah lama aku mimpi nak jumpa dengan kau. Sejak aku umur 16 tahun lagi. Walaupun ketika itu, aku tak faham apa-apa.

Mimpi ada orang untuk aku bimbing.
Mimpi ada orang untuk aku kongsikan pengalaman hidup.
Mimpi mengajar kau tentang Islam

Mimpi, mimpi mimpi

2013.
Mimpi itu hampir terjadi, apabila aku mendapat tahu yang aku akan lahirkan anak.
Nangis terharu aku. Persiapkan diri dari segala aspek. Gembira dengan kedatangan mu.

Tapi ternyata, kesihatan ku tak stabil,

kau hampir gugur anak.
Sekarang aku di tahap yang kritikal.

Aku berdoa kepada Allah supaya menyelamatkan mu.
"Mereka perlu melihat dunia!" Kata orang lain.

Tapi jika memang bukan takdir kau lahir ke DUNIA ini, aku tidak boleh tolak takdir Allah.
Aku hanya mampu usaha menyelamatkan mu,
Natijahnya, Allah yang akan betul2 memilih hambaNya yang terpilih.

Allah
Allah
Allah

Ini kisah benar.
Kisah yang aku alami sekarang.
Dan hanya yang faham je akan betul-betul faham

-Nasyee-