Sunday, May 18, 2014

Jalan yang Kabur

Bismillah

Post exam entry~
Sebenarnya dah lama terfikir nak tulis pasal benda ni, tapi sebab exam, terpaksa postponed kejap.

Sebenarnya waktu tu tengah jalan dari Sakan Kuning ke Bayt Khaulah. Tiba-tiba boleh tersesat kejap.
Memang aku ni seorang yang tak ingat jalan, walaupun I used the same road everyday, aku tetap akan tersilap jalan kalau tukar route sikit. Tapi tabiat aku, kalau dah sesat, jalan je terus because in the end aku akan nampak jalan keluar. Aku ikut instinct selalunya kalau sesat, and alhamdulillah stakat ni instinct aku betul, (yelah, kalau tak, sampai sekarang sesat kat tengah-tengah bumi jordan ni)

Hidup aku sama macam tu.

Aku selalu kabur apa yang kat depan, tapi aku selalu follow instinct dan just walk. most of the time instinct betul tapi kadang-kadang pernah tersilap. I'm not the kind of person yang ada perancangan hidup terperinci. I plan but I dont exactly follow what I planned. I just live in the moment and ikut mana yang terbaik pada waktu tu.

Sampai sekarang, aku, alhamdulillah, sangat bersyukur, Allah bagi instinct kat aky untuk ikut jalan tarbiyah dan dakwah ni. Boleh je instinct aku suruh aku tolak, but I didnt.

Walaupun macam takde pendirian, just follow the flow, aku dapat rasakan yang jalan ini telah menyusun hidup aku. 80% of my life decisions sekarang is based on DnT. 20% pergi mana? 20% tu rebel sikit.

Aku harap, aku akan thabat atas jalan ini sampai akhirnya.

-Aisyah-

Thursday, March 13, 2014

Life Planning

Bismillahirahmanirrahim

"take a risk, make a chance, make a change and breakway"
"I always wonder why birds stay in the same place when they can fly anywhere on the earth. Then I ask myself the same question."

Satu hari aku scroll TL instagram aku. Terjumpa gambar kakak aku post. Gambar perancangan hidup dia dalam masa 5 tahun. 

Semua dia ada listkan, nak kahwin, nak tulis buku, nak belajar 7 bahasa, nak pergi travelling, nak dapat degree. (ps: kakak aku ambil course English kat UIAM)

Post tu buat aku tersentap, sebab sejak habis sekolah, aku tak pernah nak buat perancangan hidup.
Kerja apa?
Nak kahwin bila?
Nak sambung belajar ke?

Yes, aku dah buat salah satu cita-cita aku, iaitu tengok dunia luar. Dah lihat masyarakat luar, dah kenal hakikat manusia. Dah pandai berdikari, tapi tak kan berhenti stakat di situ sahaja? Mana planning untuk kehidupan akan datang? 

Ye, 2016 nanti in sha allah aku akan dapat degree dalam Ekonomi dan perbankan Islam. 
Tapi lepas itu apa?

Kerja? Kahwin? Sambung Master? 

Sebenarnya aku pernah je terfikir, rough idea apa aku nak buat nanti, but it is still a blur. Kadang-kadang perut rasa sakit sampai tak boleh tidur malam, kalau dapat tidur pun, tidur yang tak lena.

Sampai aku teringat satu quote ni, 
"When you get anxious about the future, it is better not to think about it. The more you think about it the more anxious you'll get. Of course its important to think about what lies ahead too, but if you only look at what's down the road, you'll get tangled by the "laundry" by your feet and fall, won't you? You see, its also important to think about what you can do now. What you can do today, and if you wash things one at a time, you'll be done before you know it."

Dia mengaitkan step-step dalam hidup kita sebagai kain-kain kotor yang perlu dibasuh. Tak kan kita nak basuh semua sekali pada satu masa. Kita buat sikit-sikit nanti akan capai ke penghujungnya.

Perancangan itu perlu, bahkan ia adalah sesuatu yang penting, tapi lebih penting untuk kita bergerak walaupun dengan marginal 0.001.

Setiap hari kita kena make sure, kita berada one step closer to the future, and closer to mardhotillah itu sendiri sebab itu kan kita beramal kat dunia ini.

In sha allah, Allah telah susun yang terbaik untuk semua orang, dalam posisi yang terbaik. Just pray to Him, to show you the light at the end of the road.
Pray for me, pray for all of us.

Tuesday, February 4, 2014

Our circle

Bismillah

Di dalam kelas hujung sebelah tandas itu, manusia-manusia yang duduk di dalamnya sangat unik.
18 orang, 18 perangai.

Yeah, sampai sekarang kesemua 18 orang itu menuju perubahan setiap hari. Semoga semuanya semakin baik.

Banyak kali aku fikir, 'alangkah baiknya kalau kita selamanya bersama-sama dalam bilik tu.'

tapi itu impossible. fitrah manusia, come and go. I have accepted that fact but I guess it is still hurt.
and fikir balik, lepas ni, akan terjadi satu perkara yang betul-betul mengubah hubungan kita semua.
I hope it is for the best.


Tuesday, January 28, 2014

Alhamdulillah. 20.

Bismillah. 23Jan2014

I already turned 20 years old.
Nak cakap happy, takdelah gembira sangatkan kalau dah 20 tahun hidup tapi tak buat apa-apa lagi untuk ummah. Nak cakap sedih, takde sedih mana pun.

Let's just say that Im just grateful to Allah for giving me time to change. To be a better person.
Alhamdulillah juga aku sambut birthday dalam keadaan aku sedang mentarbiyah diri, sedang jaulah di negara orang.

Banyak dah aku plan untuk buat lepas balik jaulah ni. Tak tahu bergerak macam mana kan, tapi bagi aku at least aku jadi better than I did last year, its an improvement.

Hidup ini, kita akan jadi untung bila kita yang hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini. But humans have their ups and downs. Mungkin kita rasa nak give up jadi baik. Mungkin kita rasa nak jadi jahat hari ini. Mungkin kita rasa macam nak stop moving.

But for me, ingatlah Allah. Ingat rahmat Allah kat kita sampai sekarang. Nikmat Allah kat kita di mana-mana sahaja. Takyah susah pergi jauh-jauh nak cari Allah tu.
Stop and for a while, and listen to your heart beats. Siapa yang buat dia bergerak? Allah.

Bila kita ingat Allah's rahmah kat ktrg, tu yang akan buat kita tak nak give up kan? :')

Allah banyak tolong aku. Allah banyak buka mata aku.

So, atas dasar apa aku tak nak bersyukur?
Harapan aku sempena dah jadi 20 ni, untuk lebih dekat dengan Allah. Untuk meneguhkan hati yang lemah ini. To create a story that I will proudly tell the people in Jannah. Ameen. Permudahkanlah ya Allah.