Bismillahirahmanirrahim
"take a risk, make a chance, make a change and breakway"
"I always wonder why birds stay in the same place when they can fly anywhere on the earth. Then I ask myself the same question."
Satu hari aku scroll TL instagram aku. Terjumpa gambar kakak aku post. Gambar perancangan hidup dia dalam masa 5 tahun.
Semua dia ada listkan, nak kahwin, nak tulis buku, nak belajar 7 bahasa, nak pergi travelling, nak dapat degree. (ps: kakak aku ambil course English kat UIAM)
Post tu buat aku tersentap, sebab sejak habis sekolah, aku tak pernah nak buat perancangan hidup.
Kerja apa?
Nak kahwin bila?
Nak sambung belajar ke?
Yes, aku dah buat salah satu cita-cita aku, iaitu tengok dunia luar. Dah lihat masyarakat luar, dah kenal hakikat manusia. Dah pandai berdikari, tapi tak kan berhenti stakat di situ sahaja? Mana planning untuk kehidupan akan datang?
Ye, 2016 nanti in sha allah aku akan dapat degree dalam Ekonomi dan perbankan Islam.
Tapi lepas itu apa?
Kerja? Kahwin? Sambung Master?
Sebenarnya aku pernah je terfikir, rough idea apa aku nak buat nanti, but it is still a blur. Kadang-kadang perut rasa sakit sampai tak boleh tidur malam, kalau dapat tidur pun, tidur yang tak lena.
Sampai aku teringat satu quote ni,
"When you get anxious about the future, it is better not to think about it. The more you think about it the more anxious you'll get. Of course its important to think about what lies ahead too, but if you only look at what's down the road, you'll get tangled by the "laundry" by your feet and fall, won't you? You see, its also important to think about what you can do now. What you can do today, and if you wash things one at a time, you'll be done before you know it."
Dia mengaitkan step-step dalam hidup kita sebagai kain-kain kotor yang perlu dibasuh. Tak kan kita nak basuh semua sekali pada satu masa. Kita buat sikit-sikit nanti akan capai ke penghujungnya.
Perancangan itu perlu, bahkan ia adalah sesuatu yang penting, tapi lebih penting untuk kita bergerak walaupun dengan marginal 0.001.
Setiap hari kita kena make sure, kita berada one step closer to the future, and closer to mardhotillah itu sendiri sebab itu kan kita beramal kat dunia ini.
In sha allah, Allah telah susun yang terbaik untuk semua orang, dalam posisi yang terbaik. Just pray to Him, to show you the light at the end of the road.
Pray for me, pray for all of us.
No comments:
Post a Comment