Wednesday, March 27, 2013

.1. Its a process.

Bismillah.

"ee, dia baik dengan aku sebab dia nak tarik aku. Bukan sebab dia nak kawan dengan aku"
"tudung labuh peliklah. at least tutup kepala dah okay dah"
"tak selesalah dengan orang2 baik ini. Semua hipokrit."
"Poyo je qiyadah2 ni."

Dulu, aku bangkang orang baik. Fikiran aku mereka poyo. Tak ikhlas jadi baik, mesti ada muslihat. buruk sangka dengan mereka.
Aku tak suka lelaki yang suka tegur perempuan kalau mereka over.
Aku suka berkomunikasi dengan lelaki, nyata atau maya.
Aku tak tutup aurat sempurna.
Habiskan berjam2 kat movie, anime, manga, lagu2.
Tapi itulah aku sampai form 4.
Jujur aku kata, bukan sebab aku masuk hidayah, aku berubah, bukan sebab aku masuk asrama. Tapi Allah yang pegang hati aku. Sedikit demi sedikit, aku terfikir aku perlu pakai stoking, perlu pakai tudung yang menutup dada, perlu pakai pakaian yang longgar. Perlu pandai melawan nafsu.

selepas tinggalkan alam persekolahan, aku mengalami konflik dalaman. perlu ke jadi baik selepas sekolah? bukan sekolah akan tengok aku baik ke tak.

aku mula sedar akan perubahan dalam diri, alhamdulillah aku bersyukur.
yang tidak aku sedar, perjalanan masih jauh. aku masih belum baik. even masih tak boleh digelar si solehah. Change, its a process.

wallahualam

No comments:

Post a Comment